KUCHING: Majlis kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak diadakan di Masjid Jamek di sini, malam ini.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan surah Yassin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mewakili Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis tersebut.
Majlis diteruskan dengan tazkirah Maulidur Rasul daripada Mufti Negeri Sarawak, Datu Kipli Yassin bertajuk Fattabi'ubi.
Bacaan doa kesyukuran Maulidur Rasul dipimpin oleh Datu Kipli Yassin diadakan selepas solat Isya.
Kira-kira 500 jemaah hadir dan majlis sambutan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan jangkitan Covid-19.
Sumber dari : Jiwa Bakti